Penting ke Unlimited Tempoh Sah?

Kini telefon bimbit menjadi satu keperluan bagi semua orang. Majoriti mempunyai sebuah telefon bimbit malah ada yang mempunyai lebih dari satu telefon bimbit. Jika dulu, harga telefon bimbit mahal, kini tidak lagi dan rata-rata semuanya mampu milik.

Telefon bimbit tanpa sekeping simkad tidak akan berfungsi. Oleh itu terdapat banyak simkad dipasaran. Setiap telco menawarkan pelbagai pakej data dan masa berbual untuk menarik lebih ramai pengguna. Namun tahukah anda apakah jantung bagi sekeping simkad?

Ada yang akan menjawab Data ialah jantung sekeping simkad. Ada juga yang akan menjawab Kadar Panggilan. Semua jawapan wujud berdasarkan corak penggunaan pengguna itu sendiri. Namun semua jawapan yang diberi adalah salah sama sekali.

Seperti manusia, apabila jantung berhenti maka tamatlah tempoh hayat. Begitu juga simkad, Tempoh Sah merupakan jantung kepada sekeping simkad. Selagi mana tempoh sah kredit atau data masih aktif, maka pengguna masih dapat menggunakannya.

Kredit yang banyak tetapi tempoh sah tamat, tidak boleh digunakan juga. Lagi malang bagi data apabila tamat tempoh sah, data dikira burn. Malah tanpa tempoh sah yang panjang semua aspek tidak dapat berfungsi.  Bagi mereka yang menggunakan postpaid, tempoh sahnya telah ditetapkan iaitu sebulan selagi mana bil dibayar.

 

Pernahkah anda mempunyai kredit yang banyak dalam akaun simkad tetapi TIDAK boleh digunakan?

Pernahkah anda rasa terikat untuk sentiasa tambah nilai telefon bimbit anda HANYA untuk menghidupkan tempoh sah?

Pernahkah data anda tamat tempoh dan anda tidak sempat menghabiskannya?

 

Semua soalan di atas berpunca dari tempoh sah yang singkat. Tidak kiralah tempoh sah kredit mahupun data. Ini menunjukkan tempoh sah adalah jantung bagi sekeping simkad.

WIFI

Masa kini, wifi percuma telah ada hampir di semua tempat. Paling tidak, dirumah sudah ada streamyx ataupun Unifi. Di restoren, kedai mamak, cafe mahupun di tempat-tempat awam juga disediakan wifi percuma. Bukan saja percuma malah speed wifi yang disediakan juga laju.

Kewujudan wifi menyebabkan kita jarang menggunakan data di telefon bimbit. Akhirnya data yang telah dilanggan burn begitu saja. Bukan sengaja tetapi terlepas pandang pada tarikh tamat tempoh data.

Bagi pengguna tegar Data Basic, data basic ialah data dengan kelajuan yang amat slow. Hanya 64kps, dan dalam bidang komunikasi, data ini dianggap data yang lemah. Sebab itu kebanyakan telco menggunakannya sebagai gula-gula untuk memancing pengguna dengan memberinya secara percuma.

 

KEKERAPAN PANGGILAN

Zaman sekarang, panggilan amatlah jarang dibuat. Kita lebih memilih untuk whatsapp, telegram dan wechat sahaja. Walaupun ada juga panggilan yang dibuat, namun purata call dalam sebulan adalah kurang dari 60minit. Jika kadar panggilan yang dikenakan 28sen/minit, maka nilai kredit yang perlu ada dalam sebulan ialah sekitar RM16 sahaja sedangkan yang kita topup setiap bulan ialah RM30 (untuk mendapatkan tempoh sah kredit sebulan). Jelas tersimpan RM14 didalam akaun dan ianya akan sentiasa terkumpul setiap bulan. Akhirnya kredit menjadi banyak dan banyak tetapi tidak boleh digunakan.

Dengan adanya tempoh sah kredit yang panjang, anda bebas untuk menentukan bila masa untuk anda tambah nilai. Begitu juga dengan data, data yang boleh di bawa ke bulan depan akan mengurangkan penggunaan data sebulan dan akhirnya menjimatkan kos penggunaan telefon bimbit anda

Semua kelebihan ini hanya ada di simkad Onexox dan tidak heranlah bila anda guna simkad Onexox, kos penggunaan telefon bimbit anda berkurang 100% berbanding dahulu. Sedangkan simkad lain akan mengikat anda dengan KEWAJIPAN menambah nilai topup atau membayar bil setiap bulan.

Kini banyak promosi Unlimited call atau data yang dibuat tetapi hakikatnya anda tetap membayar setiap bulan walaupun anda tidak menggunakan sepenuhnya kelebihan itu. Jarang sekali kita lihat promosi Unlimited Tempoh Sah kecuali di ONEXOX