Kalau perasan, kebanyakkan promosi Season Pass kebelakangan ni turut disertakan dengan free gift (Tealive). Beli Season Pass, sebagai contoh 10GB@RM50 dan percuma tealive yang bernilai RM6.50. Menarik bukan? Ada kebarangkalian promosi-promosi lain akan menyusul. Di page rasmi XOX sendiri, kami ada buat undian free gift pilihan seperti tiket wayang percuma, baucer shopping percuma, minuman dan makanan.

Walaupun buat masa ni hanya promosi free gift jer, saya berpendapat ianya hanya permulaan kepada penawaran yang lebih lagi. CEO XOX sendiri baru-baru ada menyatakan dalam satu majalah bisnes yang syarikat ada perancangan untuk melebarkan sayap lebih sekadar perkhidmatan telekomunikasi sahaja.

ONEXOX ialah komuniti terbesar dibawah syarikat XOX dan kita boleh jangkakan kelebihan turut bakal dirasai oleh pengguna dan pengedar ONEXOX.